Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ri/] | کوريق

Definisi : bintik-bintik, rintik-rintik; berkurik mempunyai bintik-bintik, berin­tik-rintik; ayam ~ ayam yg bulunya berbintik­bintik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ri/] | کوريق

Definisi : , = kurik-kurik bintik(-bintik); rintik(-rintik). berkurik ada kuriknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurik

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Pantun

PantunSumberTema
Ayam kurik kuat berlaga, Taji panjang paruhnya besar; Dalam panik dapat celaka, Kaji dikenang supaya sabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ayam kurik rambaian tedung, Ekor berjela di dalam padi; Kalau menitik tangan menampung, Marilah kita menyulam janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat;Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Wayang balik pintu, Kain balik dinding; Pinang anak datu, Jatuh pelepah belimbing.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Bunga sena datuk, Kembang tajul Malai; Selawat pinang datuk, Masuk jenung balai.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Buai laju-laju, Sampai pucuk sena; Apa dalam baju, Sekuntum bunga sena.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Buah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ayam bulu balik, Telur atas para; Abang baru balik, Tidak bawa apa.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Gelungsur tebing tinggi, Cerahnya belukar; Kalau ukur sama tinggi, Kalau sudah sama besar.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12345678910...

Kembali ke atas