Pantang merendam biji labu, Labu dibawa orang bermain; Abanglah karam menahan rindu, Rindu kepada orang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ramailah orang membawa labu, Labu perisa digulai lemak; Pandai orang kerana berilmu, Ilmu ada perangai pun bijak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Labu manis dimakan semut, Tak dapat lagi dimakan orang; Malu habis iman pun hanyut, Laknat menanti badan terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Labu manis ditengah ladang, Dibuat pengat rasa perisa; Malu habis maruah pun hilang, Berbuat jahat badan binasa, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Labu manis dibuat dibuat sayur, Rasa perisa bukan kepalang; Laku manis sifat pun jujur, Ke mana saja disegani orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Labu putik di Tanjung Jati, Pucuk lengkuas dalam dulang; Baru bertemu kehendak hati, Belum puas ditinggal pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Buah labu si buah labu, Banyak tumbuh di dalambatang; Mulut manis seperti madu, Tidaklah tahu lidah bercabang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kalaulah labu dibawa bermain, Di manakah sempat lagi dipetik; Kalau rindu pada yang lain, Di manakah sempat bersua adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Masak labu di tengah ladang Bawa ke rumah dibuat sayur; Hendak merayu payah bertandang, Mataku merah tak dapat tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |