[la.dang] | لادڠ
Definisi : 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusahakan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan membuka tanah utk membuat ladang, menjadikan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan ladang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.dang] | لادڠ
Definisi : 1 tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2 kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet: Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)