Biarpun lading di tanah seberang, Elok berakit untuk kenduri; Biarpun senang di rumah orang, Elok bersakit di pondok sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dari Lading pergi ke laut, Kalau ke laut banyak garamnya; Hati meradang jangan diturut, Kalau diturut banyak dendamnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa tanda lading darat, Menanam padi dengan tugal; Apa tanda orang beradat, Faham berbudi tekun beramal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Maksud hati ke lading saja, Dibawa ke dapur apatah lagi; Maksud hati bertandang saja, Dibawa tidur apatah lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Habislah benih dimakan beruk, Kerana lading tidak bertunggu; Habislah kasih badanku remuk, Kerana abang tak mahu tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat udang dibuat bekal, Untuk dimakan di banjar lading; Teringat abang hatiku kesal, Kerana berjalan lama tak pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |