Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Burung tuli mandi berhujan,
     Bolehlah mandi sekali lagi;
Orang tua menjunjung uban,
     Boleh masuk ke medan lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Sudah bertongkat tempurung,
     tak terangkat pelupuk matanya lagi.

Bermaksud :

Sudah tua sekali.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Sekali badik dicabut, Pantang disarung lagi; Sekali adik mengikut, Abang dukung sampai mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kawah kuali minta tudungi, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali kami ampuni, Jangan saja sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung tuli mandi berhujan, Bolehlah mandi sekali lagi; Orang tua menjunjung uban, Boleh masuk ke medan lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Berdentum tabuh di Rian, Minta tabuh lagi; Kalau untung di hari kemudian, Boleh berbalik sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Serak dagang bertali-tali, Putik nangka bertupa-tupa; Abang balik sekali lagi, Bawa balik bunga cempaka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Goreng pisang goreng keladi, Mari goreng kuali besi; Anak siapa meronggeng tadi, Cubalah masuk sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Dari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak Cina pelihara babi, Diberi makan daun keladi; Anak siapa berpantun tadi, Cuba pantun sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pucuk mengkira di dalam dulang, Serak dagang bertali-tali; Murai membaca turunlah pulang, Balik abang sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas