Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gi.kan] | لاݢيکن

Definisi : ark sl sedangkan, salangkan, namun: saya yg lebih rapat dengannya ~ tidak mengetahui rahsianya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.gi.kan] | لاݢيکن

Definisi : bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Tanjung Katung airnya biru,
     Tempat mengail orang Melaka;
Duduk sekampung lagikan rindu,
     Ini pula jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau tuan pergi ke Pancur, Singgah berlabuh Pulau Jawa; Sauh besi lagikan hancur, Inikan pula kayu di paya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pakai baju kain kasa, Kain dibeli dari pekan; Jangan lekas berputus asa, Ulat batu lagikan makan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Burung pipit burung serindit, Terbang ke awan berderai-derai; Apa nak sesal padanya nasib, Nyawa di badan lagikan bercerai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Raja Arab turun ke Acheh, Singgah di Jawa bertanam serai; Apa diharap hati yang kasih, Badan dan nyawa lagikan tercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas