Mencari ilmu sampai ke lahad, Supaya hidup tak sia-sia; Terpuji Melayu memakai nasihat, Negara tertutup syurga terbuka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda muda tekun belajar, Menuntut ilmu sampai ke lahad; Tanda manusia santun dan benar, Berpatut Iaku memakai adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat bini setia ke laki, Setia sampai ke liang lahad; Adat berdiri sempurna budi, Mulia perangai terbilang sifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang menjamu bulan terang, Hari Ahad tanah seberang; Tuntut ilmu jangan kurang, Ke liang lahad tergolek seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Apabila cukup bilangan hari, Janji sampai hutang diingat; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya sampai ke liang lahad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sayang sekali perahu bocor, Ditunda dulu orang berangkat; Abang menanti di pintu kubur, Dinda menunggu di liang lahad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |