Buat perencah kuah laksa, Laksa Sarawak sedap rasa; Siapa dia gagah perkasa; Dapat digelar wira bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Bunga dikarang bunga sena, Kukur kelapa buat laksa; Doa rakyat telah terlaksana, Syukur kepada yang maha kuasa. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Sagu tampin diparut orang, Kalau ditumbuk menjadi laksa; Laku pemimpin diturut orang, Kalau buruk negeri binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bunga malai jatuh ke laut, Digulai itik bersama laksa; Apa soal tidak disahut, Sungguhlah bijak belum dewasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |