Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la/.sa.ma.na] | لقسامان

Definisi : 1. sl gelaran yg tertinggi dlm angkatan tentera laut, raja laut: Datuk Benda­hara memerintah negeri, ~ memerintah ten­tera laut; L~ Tun Tuah; 2. pangkat dlm ang­katan tentera laut; naib ~ timbalan panglima angkatan tentera laut; ~ muda a) pangkat (dlm angkatan tentera laut) di bawah naib laksamana; b) Id pangkat di bawah laksamana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa.ma.na] | لقسامان

Definisi : ; ~ mengamuk buah embacang yg dimasak dan dipotong halus-halus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa.ma.na] | لقسامان

Definisi : 1 gelaran yg tertinggi dlm angkatan laut; raja laut: ~ Hang Tuah. 2 pangkat yg tertinggi dlm angkatan laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laksamana (kata nama)
Bersinonim dengan raja laut, amurulbahar, ketua angkatan laut.,

Puisi
 

Laksamana mudik ke Terap,
     Patah galah di dalam perahu;
Tuan umpama bunga dedap,
     Sungguh merah tiada berbau.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Laksamana menyukat beras, Sukat mari segantang padi; Timbang baik kalau jelas, Baru senang berjual beli.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Laksamana mudik ke Terap, Patah galah di dalam perahu; Tuan umpama bunga dedap, Sungguh merah tiada berbau.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Laksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Laksamana mudik beredap, Bergalah sahaja perahunya tidak; Laksana bunga dedap, Merah sahaja berbaunya tidak.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Laksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Laksamana pergi berperang, Pacu kuda dari Patani; Saya naga bertapa di padang, Sekalian bisa di tangan kami.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Laksamana menabur durian, Buah belimbing terhentak-hentak; Tuan laksana buah durian, Di sana gugur sana melantak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Laksamana naik kuda, Kuda datang dari Acheh; Bukan senang bermain muda, Nak ada ilmu yang terpilih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang laksamana berkota papan, Papan diturap empat persegi; Tuan umpama kain kapan, Buruk tidak berganti lagi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas