Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalai:

Puisi
 

Sungai Balai jalan berhenti,
     Anak Cina melipat kain;
Adinda lalai boleh kunanti,
     Janganlah saja ke tempat lain.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Mengapa main berlalai-lalai, Kerana hari menjelang senja; Mengapa kain terburai-burai, Kerana lakinya pulang ke janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi berlalai-lalai; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau kucing berlelai-lelai, Banyaklah cercap lalu-lalang; Kalau runding berlalai-lalai, Banyaklah cakap yang terkalang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kayu ara di hujung balai, Dituruni bulan puasa; Adinda tuan janganlah lalai, Sudah tua badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang darat, Hingga menuai padi dijaga; Bukan mudah memegang adat, Bila lalai diri tercela.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pinang muda gantung di balai, Taruh makan bulan puasa; Orang muda jangan dilalai, Kalau lalai rosak binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pasang surut airnya dengkat, Arusnya ada jejak ke pantai; Orang patut berfikir cermat, Memutus perkara taklah lalai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas