Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.man] | لامن

Definisi : bp kep halaman: jamuan ~; ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai me­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.man] | لامن

Definisi : halaman. ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(53)

Pantun

PantunSumberTema
Galah terpacak di tengah laman, Laman tempat orang berjudi; Bukan tak hendak mencari teman, Belum dapat teman sejati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Serai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Laman tempat orang berjudi, Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati, Abang nak bujang selama mana?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kutip-kutip bunga di laman, Bunga di laman habis layu; Kalaulah takut abang nak teman, Janganlah adik berasa malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Serai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Terbang gunduk berkawan tiga, Mari makan padi di laman; Jangan dipujuk kasih adinda, Saya berbalik ke kampung laman.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sapu lidi penyapu laman, Sapu diikat dengan tali; Tahu diri tahu pedoman, Tahu mengingat jalan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Terang bulan di laman tangga, Sarang pipit di dalam padi; Tiada orang semacam saya, Menaruh kiamat di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur gading di laman belas, Buat ketupat berisi inti; Hancur daging tulang kukilas, Sudah dapat baru berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas