Kalau landak sama landak, Turun ke pantai menyukat beras; Kalau hendak sama hendak, Gajah berantai boleh terlepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Landak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Besar landak dari seberang, Naik meniti di atas batang; Kalau tidak gerakkan tulang, Rezeki mana boleh datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dua kali landak memanah, Terkena pula buah durian; Dua kali turun ke tanah, Bertemu mulut kita janjian. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau boleh duri landak, Hendak pegang di tangan kiri; Kalau boleh seperti kehendak, Nyawa di badan hendak bagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Cik Andak menjerat landak, Di tepi perigi ikan puyu; Orang tergelak saya tergelak, Orang benci saya tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut makan rimau, Tidak saya berjalan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |