Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ngit.la.ngit] | لاڠيت٢

Definisi : 1. kain yg dipasang di atas bilik (di bawah atap), papan dll yg dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu: baginda menitahkan pula mereka mem­bentangkan tabir dan ~ yg indah-indah warnanya; 2. bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian lembut dan keras); berlangit-langit mempunyai langit-langit (bkn kelambu dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ngit.la.ngit] | لاڠيت٢

Definisi : , lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit-langit

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Pantun

PantunSumberTema
Orang Arab pulang ke Jeddah, Sarat bermuat si langit-langit; Harap saya bukannya mudah, Seberat bumi dengan langit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Langit cerah langit mendung, Bunga segar kembang melati; Sakit dirasa sakit ditanggung, Hanya sabar menenang hati.Pantun Melayu SarawakAgama
Angkut-angkut terbang ke langit, Tiba di langit makan padi; Bertangkup bumi dengan langit, Barulah permainan kita berhenti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kupu-kupu terbang ke langit, Singgah di langit bersalin kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru saya mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kupu-kupu terbang ke langit, Singgah di langit bersalin kain; Tinggallah kuku dengan langit, Biar saya mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angkut-angkut terbang ke langit, Tiba di langit bersidai kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru abang mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angkut-angkut terbang ke langit, Sampai ke langit meragi kain; Sudah bertangkup bumi dan langit, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nasi hangit lupa dikisar, Tarik putung selasih layu; Langit ke langit awan berkisar, Untung kita sudah nak malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Langit biru apa tongkatnya? Bunga cempaka kembang biru; Hidup dunia apa hakikatnya? Pintu neraka sedia menunggu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Langit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas