| Apabila lantai sudah lapuk, Di mana lagi tempat bersila; Apabila perangai sudah teruk, Ke mana pergi mendapat bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Waktu duduk lantai berderak, Hendak tegak seluar sangkut; Malulah datuk ditertawa budak, Awak membentak keluar kentut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Selama memasang lantai perahu, Banyaklah ketam lata melata; Selama musang pandai merayu, Banyaklah ayam nan jatuh cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Banyaklah orang memaku lantai, Kita memaku pelupuh juga; Banyaklah orang mengaku pandai, Kita mengaku bodoh juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat untuk lantai dan dinding; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat seronok dipakai berunding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Andainya tegak di bawah tiang, Tengok-tengok lantai yang patah; Andainya awak dituakan orang, Elok-elok menyampaikan petuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Keratlah-kerat batang samak, Dapat dibuat bilah lantai; Ingat-ingatlah nak pesan emak, Sudah diingat lalu dipakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bersigup tidak ku pandai, Baranya jatuh ke lantai; Kasih mengejut tidak ku pandai, Ibarat angin tiup selesai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |