Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pan] | لاڤن

Definisi : delapan; ~ belas sepuluh ditambah lapan (18); ~ puluh hasil darab lapan dan sepuluh (80); ~ ratus hasil darab lapan dan seratus (800); berlapan dlm kumpulan lapan orang dsb, lapan bersama: mereka ~ dipilih utk menyertai rombongan itu; berlapan-lapan dlm satu kumpulan lapan orang dsb (bkn banyak atau beberapa kum­pulan): berbaris ~; kelapan yg nombor lapan (menurut urutan, giliran, dsb), kedelapan: gilirannya yg ~; kelapan-lapan lapan-lapan sekali, kesemua­nya lapan: ~ orang anaknya pulang ke kampung pd hari raya itu; perlapan bahagian drpd sesuatu yg dibahagi lapan; satu ~ = se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pan] | لاڤن

Definisi : angka bilangan selepas angka tujuh; 8; delapan. perlapan dibahagi lapan: satu ~, = se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lapan

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam pun mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jika gopoh merosak diri.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Pukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jikalau gopoh main tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam pun mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jika gopoh merosak diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lima enam tujuh lapan, Masak lemak ikan tenggiri; Aceh mengharap segala bantuan, Rakyat Malaysia segera memberi.Pantun Melayu SarawakBudi
Anak ayam turunnya lapan, Mati seekor tinggalnya tujuh; Di dalam kubur berdinding papan, Hancur luluh seluruh tubuh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Pukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tiga ringgit angka lapan, Sebulan tiga puluh hari; Kalau sama kita makan, Kalau tidak sama kita cari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Loceng berbunyi pukul lapan, Perahu belayar kena ribut; Kasih seperti paku di papan, Pecah papan paku tercabut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gagak terbang dua kali lapan, Hinggap di pohon malim dewah; Harap tuan saya tak makan, Nasi disuap pinggan pecah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas