| Terbuang baju dipakai lapuk, Lapuk dipakai koyaknya cepat; Terbuang Melayu perangai buruk, Buruk perangai merosak umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Rosak tiang kerana lapuk, Lapuk kerana dimakan dengat; Rosak orang kerana mabuk, Mabuk dunia gilakan pangkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Berguna jerat sebelum lapuk, Bila lapuk mudahlah putus; Berguna adat sebelum beramuk, Bila beramuk tuahnya hapus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalaulah lapuk jala dan pukat, Banyaklah siput di tepi pantai; Kalaulah duduk pemangku adat, Banyaklah kusut jadi selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kerana kayu lapuk berlubang, Banyaklah ulat dan anai-anai; Kerana penghulu mabuk kepayang, Banyaklah helat tidak selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Apabila lantai sudah lapuk, Di mana lagi tempat bersila; Apabila perangai sudah teruk, Ke mana pergi mendapat bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Walaupun perahu mulai lapuk, Kerana berguna dijaga orang; Walaupun menantu bagaikan beruk, Kerana kaya mentuanya sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Elok menebang batang lapuk, Tangkai digoyang patah; Elok memandang orang nak capuk, Capuknya bagai intan ditatah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Sekali pancang berdiri, Sampai lapuk tidakkan patah; Sekali abang berjanji, Sampai bongkok takkan berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |