Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laun] | لاءون

Definisi : lambat, lamban, lengah, perlahan; ~-~ hari beberapa hari yg lalu, beberapa lamanya; berlaun membuat sesuatu dgn lambat (lengah, perlahan-lahan): kerja jangan ~ leka; melaun-laun melengah-lengahkan, melambat­-lambatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[laun] | لاءون

Definisi : lambat; lengah; perlahan-lahan: lambat ~ lama-kelamaan. berlaun mengerjakan sesuatu dgn lambat. melaun-laun melambat-lambatkan; melengah-lengahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laun
Rujuk :lambat

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sepantun elang dengan ayam,
     lambat-laun disambar juga.

Bermaksud :

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau berjalan tidak cermat, Lambat-laun kaki terpuruk; Kalau berkawan tidak ingat, Lambat-laun pasti beramuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu bermain silat, Lambat-laun jadi hulubalang; Kalaulah malu bekerja berat, Lambat-laun mati berhutang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu berbaju kutang, Lambat-laun pusat terdedah; Kalau selalu berlaku curang, Lambat-laun mendapat musibah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu berkain sarung, Lambat-laun duduk tersingkap; Kalau selalu bermain serong, Lambat-laun masuk ke lokap.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu berkain gumbang, Lambat-laun tersingkap juga; Kalau selalu main belakang, Lambat-laun tertangkap juga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu memecahkan cawan, Lambat-laun bercawan tempurung; Kalau selalu menyusahkan kawan, Lambat-laun berlawan sekampung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu mengasah parang, Lambat-laun menjadi tajam; Kalau selalu memfitnah orang, Lambat-laun menjadi dendam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Rosak tiang dimakan rayap, Lambat-laun tentulah roboh; Rosak orang makan menyelap, Lambat-laun tentu bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ternak tidak di pagar, Lambat-laun lari ke hutan; Apabila beranak tidak diajar, Lambat-laun menjadi setan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila parang tidak diasah, Lambat-laun akan berkarat; Apabila orang tidak bermaruah, Laknat turun badan melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas