Laut bukan sebarang laut, Laut dalam ombak menggunung; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut tajam muak sekampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ada seorang nama Cik Daud, Tanam bunga di tepi kolam; Musim ini musim ribut, Bolehkah karam di laut dalam? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Abang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sangat dalam laut Inggeris, Biar aku menebar jala; Berapa tajam hujung keris, Kerana cinta kutahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Anak raja menjadi duyung, Menjadi duyung di dalam laut; Sangat sengsara hendak bergantung, Rasa bergantung di hujung rambut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tuan mandi jangan ke laut, Asal ke laut airnya dalam; Tuan menyanyi jangan merungut, Asal merungut bertambah dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang ke laut memedil burung, Madu kelapa di dalam puan; Tujuh laut sembilan gunung, Saya tak lupa denganmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak ke laut tengokkan burung, Buah kelapa di dalam puan; Sudahlah laut sembilan gunung, Saya tak lupa padamu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |