Angin bertiup lautan bergelombang, Di tengah lautan kapal berlabuh; Diharap keluarga tak usahlah bimbang, Doakan sakit segera sembuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Cina melompat lautan api, Merebut gemala di mulut naga; Asal mendapat kehendak hati, Mahal murah dibayar harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Buah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pulau Tioman Lautan Cina, Asalnya naga mati berhempas; Sungguh nampak bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Semut api dari seberang, Ke sana ke mari mengangkut pasir; Lautan api direnangi orang, Apatah lagi lautan air. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Sekoci belayar di Lautan Hindi, Singgah sebentar mengangkat taut; Jangan dibiar kedapatan budi, Takut kecundang kasih berpaut. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Mana nak lepas lautan api, Intan gemala di mulut naga; Kalau mendapat kehendak hati, Mahal murah saya tak kira. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Helang berlegar di lautan teduh, Dari jauh tempat bermalam; Kenapa sebentar kasih berlabuh, Laksana siang berganti malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |