Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lébam) sj ikan laut, Teuthis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : biru kehitam-hitaman (buah yg gugur, badan kena pukul, dll): Ahmad dipukul emaknya sampai ~-~ belakangnya; biru ~ biru kehitam-hitaman (bekas kena pukul dll); hitam ~ hitam pekat; kelam ~ terlalu gelap; melebam menjadi atau kelihatan lebam: dagu yg kelihatan halus dan agak ~; kelebam-lebaman kelihatan spt lebam: kening matanya yg agak biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi barang jatuh dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : warna biru kehitam-hitaman (bekas kena pukul dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebam


Pantun

PantunSumberTema
Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Perahu Banjar belayar malam, Di sana sini berjaja gula; Malu besar muka pun lebam, Meraba bini teraba mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ikan haruan di dalam lubuk, Helang pekaka hinggap di dahan; Sarang tebuan jangan dijolok, Lebam muka celaka badan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sifat parahu berpantang bocor, Bila bocor tentulah karam; Adat Melayu pantang takbur, Bila takbur muka kan lebam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas