Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kira-­kira, agak-agak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kira-kira; agak-agak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Biar serpih tumbangnya jangan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Biar lebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kurang kerat,
     rengkuh yang lebih.

Bermaksud :

Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(13)

530

Six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Seperti birah dengan keladi

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti birah dengan keladi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau mencari buah asam, Biar lebih kurang jangan; Alang-alang menjolok pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau tuan menebang jati, Biar serpih tumbangnya jangan; Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih kurang jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bukan saya menutuh keranji, Sebiar rempek tumbang jangan; Betullah betul mencari ganti, Sebiar lebih kurang jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jika menyukat tidak pandai, Banyak lebih ataupun kurang; Jika adat tidak dipakai, Banyak selisih muka belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Menimbang sama kanan dan kiri, Sama disukat sama dikira; Kurang menambah lebih memberi, Sama mendapat rugi dan laba.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Petua tuan mencari kain, Biar nipis pada jarang; Petua tuan mencari lain, Biar lebih pada kurang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cik tuan meragi kain, Biar nipis pada jarang; Cik tuan mencari lain, Biar lebih jangan kurang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tidak memilih memilah-milah, Menimbang sama kanan dan kiri; Sama kasih senang dan susah, Kurang menambah lebih memberi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau tuan pergi seberang, Semai padi tumbuh lalang; Saya umpama beras segantang, Mahu lebih tak mahu kurang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas