Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lap] | للڤ

Definisi : 1. nyedar (tidur), lena, nyenyak: tidur tak ~ makan tak kenyang; 2. tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: harta pusaka yg diwarisinya sekarang telah ~ belaka; 3. tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian); 4. beku (minyak); ~ kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya; melelapkan mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah tersentak mendengar suara bising; terlelap tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~ dgn nyenyaknya; pelelap orang yg kuat tidur, penidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lap] | للڤ

Definisi : 1 tidak sedar (ketika tidur); nyenyak; nyedar; lena: Anaknya tidak ~ tidur kerana sakit gigi. 2 tidak ada lagi; habis: Segala hartanya sekarang sudah ~. 3 tidak dpt ditebus lagi kerana sudah habis tempohnya (bkn barang gadaian). melelapkan memejamkan (mata) supaya lelap: Amin tidak dpt ~ matanya kerana suasana terlalu bising. terlelap terlena; tertidur: Dia ~ ketika menonton televisyen. pelelap orang yg kuat tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelap
1. Bersinonim dengan lena: nyenyak, nyedar,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap,

Kata Terbitan : terlelap, pelelap,

Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Buyong si amat Jutan, Lelap tinggi hari; Hari-hari gila sumpitan, Tegal dek burung terbang tinggi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh kasap beruas panjang, Sembilunya tajam bagaikan pisau; Tidur tak lelap makan tak kenyang, Mengenang kakanda jauh di rantau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Padang kundur padang terap, Padi secupak jual di pekan; Sedang tidur tidak lelap, Anak didodoi lapar tak makan.Pantun Melayu SarawakNasib
Jatuhlah kayu menimpa atap, Matilah itik sedang mengeram; Tubuhku lesu mata pun lelap, Menanti adik siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Daun pandan hijau berseri, Dicampur dengan harum setanggi; Seri Dewi namanya puteri, Tidak lelap sampai ke pagi.Pantun Melayu SarawakKasih
Elok belat dapatlah ikan, Ikan belanak rasanya sedap; Elok adat selamatlah badan, Makan enak tidur pun lelap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sejak bulan tidak mengambang, Alam terang menjadi gelap; Sejak tuan tak sudi datang, Hatiku bimbang tak tidur lelap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas