Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bergayut dipohon jati; Lemah bukan sebarang lemah, Lemah lembut menawan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali di tepi pagar; Lemah lembut membawa diri, Putus hati siapa menanggar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Biarkan orang menyingkap arang, Kita menyingkap tanah bergambut; Biar orang bercakap garang, Kita bercakap lemah lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah batang beruas-ruas, Kita memilih batang berlumut; Biarlah orang berkeras-keras, Kita memilih nan lemah lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |