Adat diisi lembaga dituang, Tidak beremas bungkal diasah; Kuat negeri kerana undang, Adat lepas akal menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat lembaga turun-temurun; Bila muafakat tuah melekat, Manfaat terasa hidup pun rukun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan adat lembaga; Elok akhlak nama terpandang, Dikenang orang sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau tuan pergi ke hulu, Petikkan saya bunga lembaga; Kalau tuan mati dahulu, Tunggu saya di pintu syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Besar dan kecil dikandungnya; Adat faham lembaga terang, Benar dan adil jadi payungnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Pakaian Melayu turun-temurun; Adat faham lembaga terang, Berkain baju bersopan santun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Menuntun hidup supaya selamat; Adat faham lembaga terang, Beruntung hidup dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |