Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan (lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm per­mainan sukan; menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia; tercacak bagai ~ ter­gadai prb tertegun kehairanan; melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn lembing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1 senjata bermata besi yg diradakkan atau dibalingkan (rupanya spt tombak tetapi kecil sedikit). 2 seligi drpd besi dll yg digunakan dlm permainan olahraga: pertandingan melontar ~. melembing meradak (menikam, melempar) dgn lembing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembing

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Lembing disimpan tidak diasah, Tidak terpotong buah kepayang; Tebing dan aur lagi terpisah, Inikan pula berkasih sayang.Pantun Melayu SarawakKasih
Pergi ke Lembing seguni minyak, Pergi Jerantut membeli jamu; Kalau abang nak berbini banyak, Terlebih dahulu tuntut ilmu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau berperang di dalam kubu, Tombak lembing buat perisai; Kalau hilang ayah ibuku, Seperti karang bunga berderai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tali jerami simpai selapis, Guna pengikat tataran lembing; Hatiku ini bagai diiris, Bila melihat tuan berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cik Lah orang Melaka, Jual talam dengannya cuka; Tujuh bilah lembing di dada, Hitam manis kupegang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas