Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu

Puisi
 

Lembu siapa tambat di pantai,
     Punca tali di pokok asam;
Ilmu siapa adik pakai,
     Senyum sekali manis tang malam.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau (= lembu) tanduk panjang,
     tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).

 

Lihat selanjutnya...(14)

313

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Lembu dogol jangan dibalun

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Lembu dogol jangan dibalun. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Lembu siapa tambat di pantai, Punca tali di pokok asam; Ilmu siapa adik pakai, Senyum sekali manis tang malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lembu lari berganti-ganti, Matahari terbit di Tanah Jawa; Kalau abang bersungguh hati, Mati hidup kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak lembu tak tahu ke lembu, Pintal tali kembar tiga; Kalau nak bertemu tak tahu bertemu, Cuba nanti di jalan telaga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak lembu memakan daun, Petang tiba minum ke paya; Awak merindu sepanjang tahun, Orang lupa habislah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak lembu duduk menangis, Ditentang kambing sampai ke lumpur; Awak bisu duduk di majlis, Orang berunding awak berdengkur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak lembu ditambat orang, Makan padi dalam sawah; Bawa ilmu padi di ladang, Tambah berisi tunduk ke bawah.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat?Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kereta baru lembu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berkenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Mail menambat lembu, Dapat seekor ketam bertandan; Cantik puan pakai ilmu, Sungguh ilmu orang tak pandang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas