| Kalau lepat sudah dikukus, Jerang ketupat dalam kuali; Kalau muafakat sudah putus, Peganglah erat sampai mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Rosak lepat terbuang tengguli, Terbuang tengguli busuk penganan; Rosak adat terbuanglah budi, Terbuang budi teruklah iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apabila menengok lepat, Jangan cepat dipegang; Apabila duduk muafakat, Jangan mengumpat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau nak tahu lepat berkuah, Tengoklah ketupat di dalam api; Kalau hendak sifat bertuah, Tengoklah sifat sahabat nabi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Lain ketupat lainlah lepat, Jadi juadah amat termasyhur; Lain kujerat lain yang dapat, Nasi pun sudah menjadi bubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Tumbuk tepung buat lepat, Beri santapan Raja Cina; Saya kepung harap mendapat, Saya tak tahu orang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak beruk bermain batu, Makan lepat di tepi ladang; Awak buruk yatim piatu, Manakah dapat meraih bintang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |