Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lepat-lepat

Peribahasa

Pergi lepat balik lempeng.

Bermaksud :

Pergi dengan modal yang banyak, balik dengan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau lepat sudah dikukus, Jerang ketupat dalam kuali; Kalau muafakat sudah putus, Peganglah erat sampai mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rosak lepat terbuang tengguli, Terbuang tengguli busuk penganan; Rosak adat terbuanglah budi, Terbuang budi teruklah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila menengok lepat, Jangan cepat dipegang; Apabila duduk muafakat, Jangan mengumpat orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau nak tahu lepat berkuah, Tengoklah ketupat di dalam api; Kalau hendak sifat bertuah, Tengoklah sifat sahabat nabi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lain ketupat lainlah lepat, Jadi juadah amat termasyhur; Lain kujerat lain yang dapat, Nasi pun sudah menjadi bubur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tumbuk tepung buat lepat, Beri santapan Raja Cina; Saya kepung harap mendapat, Saya tak tahu orang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk bermain batu, Makan lepat di tepi ladang; Awak buruk yatim piatu, Manakah dapat meraih bintang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas