Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.sung.le.sung] | لسوڠ-لسڠ

Definisi : lekuk kecil pd pipi, cawak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lesung-lesung

Puisi
 

Rosak lesung kerana antan,
     Sebab menumbuk padi puteri;
Hilang buntat berganti intan,
     Baru jadi sinar negeri.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.

Bermaksud :

Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pantun

PantunSumberTema
Lesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Menumbuk di lesung tinggi, Orang menampi di tengah jalan; Apa sudah duduk begini, Bagai pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang-petang bunyi lesung, Orang menumbuk padi jawi; Petang-petang ingat kampung, Hendak balik orang tak bagi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tumbuk pulut di lesung tinggi, Anak Pak Pandir tangkap belalang; Hidupkan rumput bunuhkan padi, Tentu sawah bertumbuh lalang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Susunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Menggulai tauhu dengan jerami, Sambal lada di lesung batu; Tuan tak tahu hati kami, Macam kaca terhempas ke batu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas