Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
licin
1. Dalam konteks permukaan
bersinonim dengan tidak kesat, lincir, tidak kasap,
(adjektif:)
Berantonim dengan kesat

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan halus, tidak menggerutu, tidak berkedut, rata, sekata, lelas, peras,
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan botak
( gondol, loncos, lokos, )
(adjektif:)

4. Rujuk licau 2

5. Bersinonim dengan licik
( pintar, cekap, )
(adjektif:)

6. Bersinonim dengan lancar
( tidak tergendala, baik, elok, mudah, senang, )
(adverba:)

Kata Terbitan : melicinkan, kelicinan, pelicin,

Puisi
 

Orang mengail di lubuk licin,
     Dapat ikan beliak mata;
Sudah terpandang dahi licin,
     Rasa nak putus urat mata.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Licin bagai belut.

Bermaksud :

Tidak mudah ditipu atau ditangkap.

 

Lihat selanjutnya...(22)

452

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Mati-mati berminyak biar licin

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi mati-mati berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Minyak licin sebelah pangkin, Jikalau mandi dicuci jangan; Kalau mahu hidup miskin, Jikalau jadi menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Menangguk di batu licin, Dapat udang selima-lima; Menengok sanggul licin, Nak balik ke janda lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tahu sudah titian licin, Adik jua jalan dahulu; Tahu sudah kita miskin, Gilanya adinda mulai dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah tahu jambatan licin, Apa guna main kuda; Sudah tahu saya miskin, Apa guna bermain muda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daripada cincin eloklah rantai, Rantai dibuat penghias diri; Daripada licin elok bermisai, Misainya dapat penapis kopi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Daripada tajin eloklah tapai, Tapai diminum lain rasanya; Daripada licin elok bermisai, Misai mencium lain perisanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak kokah gila bermain, Dekat gelap barulah pulang; Awak sudah kepala licin, Lalat hinggap jatuh terlentang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang Dayang memakai cincin, Singgah sebentar di Beras Basah; Alang-alang berkahwin biarlah licin, Alang-alang mandi biarlah basah.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas