Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sj tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantan, kenanga hutan, melidah, pacal kuning, pokok kuning, Alangium ebe­naceum; ~ mara sj tumbuhan (pokok kecil), cenarahan, geronggong semut, kasi, mese­kam, pendarah, tampoi paya, Ouratea spp.; ~ ular sj tumbuhan (pokok renek), bunga telur belangkas, Sida spp.; akar ~ jin sj tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis capitellata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sj ikan laut, Cynoglossus spp.; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sesuatu yg menyerupai lidah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sesuatu yg menyerupai lidah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidah-lidah

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lidah terganjal.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Pantun

PantunSumberTema
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah berduyun membuat sarang; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah beracun dilaknat orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang berisi madu; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah penghasut dimusuhi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang berisi madu; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah orang bagai sembilu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila lidah sudah tergigit, Pasti mulut menjadi bisu; Bila cinta jadi penyakit, Pastiku ikut sejak dahulu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama kuda berlari, Lidah terjulur mata pun sayu; Sudah lama hamba menanti, Habislah umur menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah takkan bercabang; Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sungguh zalim orang pendusta, Jahat bicara lidah pun tajam; Sungguh alim si orang buta, Melihat betina mata pun pejam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang beradat katanya benar, Pantang sekali bercabang lidah; Membuang adat balanya besar, Petang dan pagi orang membantah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jika sudah menjual mengkuang, Jangan diminum air segelas; Jika lidah tidak bertulang, Jangan diharap kasih berbalas.Pantun Melayu SarawakKasih
1234

Kembali ke atas