Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.di] | ليدي

Definisi : 1. tulang daun kelapa (kabung dll) yg boleh dibuat penyapu: penyapu ~; 2. jejari (pd roda basikal dll); ular ~ sj ular kecil yg berbisa; sesimpai bagai ~ prb orang yg seia sekata; melidi (menjadi) spt lidi: badannya kurus ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : sj ikan laut, kering, Centriscus scutatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : 1 tulang daun kelapa dll (yg kecil) yg dpt dibuat penyapu atau lekar: penyapu ~. 2 jejari pd roda. melidi halus spt lidi: Badan anaknya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidi

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Gajah ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sapu lidi penyapu halaman, Supaya mata puas memandang; Pilu hati menrindukan tuan, Hamba berdoa lekaslah pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sapu lidi penyapu laman, Sapu diikat dengan tali; Tahu diri tahu pedoman, Tahu mengingat jalan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Menjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ular lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ular lidi turun bertapa, Turun bertapa di pokok buluh; Fasal jadi tidak mengapa, Syukur rahsia dipegang teguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ular lidi turun bertapa, Mari bertapa di kelopak kayu; Tidak menjadi tidak mengapa, Jangan saya diberi malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ular lidi lepas bertapa, Bertapa mari di bukulah kayu; Tidak jadi tidak mengapa, Jangan adinda mengasi ku malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masak buah pisang lidi, Masak sebuah dengan dua; Apa rupanya kehendak hati, Cuba katakan sepatah dua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas