Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Bunga cina tanaman Cina,
     Mari bungkus di atas kertas;
Lihat saya bena tak bena,
     Tak usah harap katakan lepas.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berkata siang melihat-lihat,
     berkata malam mendengar-dengar.

Bermaksud :

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Lihat tingginya terbang merpati, Terbang bebas di angkasa; Niat tersimpan di dalam hati, Menjual madu dimanis bahasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Soldadu mudik enam orang, Tinggi berjamang pula; Lihat dek made awan terbang, Entah ke mana akan sampainya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buat pengat buah kundur, Kuah bersantan tidak beragi; Lihat perangai orang tak syukur, Sudah diberi minta lagi.Pantun Melayu SarawakAgama
Bunga cina tanaman Cina, Mari bungkus di atas kertas; Lihat saya bena tak bena, Tak usah harap katakan lepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Diikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Airlah mata jatuh berlinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Kuikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sesak nafas kerana jerebu, Nafas semput tidak terperi; Hujan kuimpi matahari kurindu, Inginku lihat langit berseri.Pantun Melayu SarawakUmum
Apa datang dari Rengat? Sarat muatan buah rambutan; Abang jangan rindu sangat, Cubalah lihat dalam bulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pak Mamat membuat rakit, Buat sekadar menjemur jala; Rahmat Allah bukan sedikit, Buka mata lihat segala.Pantun Melayu SarawakAgama
12

Kembali ke atas