| Anak lintah tergedit-gedit, Anak harimau menyeberang paya; Nak nikah tergedit-gedit, Orang tak mahu apakan daya. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Banyak lintah paya dalam, Orang menangguk anak udang; Nanti titah adik di dalam, Bukan tak tahu masuk seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyak lintah di paya dalam, Ramai orang menangguk udang; Nanti titah adik di dalam, Rasa tak sabar masuk seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyak lintah di paya dalam, Mari ditangguk anak udang; Hati bercinta adik di dalam, Bagai tak tahu masuk seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Saya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Saya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |