Anak beruk mencuri betik, Diburu orang lintang-pukang; Awak kurus berbini cantik, Cemburu bukan alang kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tidak pakai tukang, Belian kayu hutan; Hidup lintang pukang, Syaitan perosak iman. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Tali kekang jatuh ke tanah, Larilah kuda lintang-pukang; Hati bimbang peluh menyimbah, Lakinya sudah main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Main layang-layang, Main sampai petang; Takut pada bayang, Lari lintang pukang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Papan rumah tuan, Tidak pakai tukang; Tiada masa depan, Hidup lintang pukang. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |