Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lipat-lipat

Puisi
 

Lipat kain lipat empat,
     Lipat balik punca sedia;
Cari lain haram tak dapat,
     Balik juga orang tak setia.


Lihat selanjutnya...(30)

Pantun

PantunSumberTema
Lipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lipat kain lipat baju, Cik Esah mengetam padi; Hutang malu bayar malu, Jangan susah dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Lipat kain lipat baju, Taruh mari di atas puan; Sekira air menjadi batu, Baru saya lupakan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain empat lipat empat, Lipat mari di atas geta; Cari hak lain payah nak dapat, Baiklah balik janda sedia.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Laju-laju perahu laju, Laju mari sampai Kelebang; Lipat kain lipat baju, Saya mahu ikut abang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Lipat-berlipat tali kuda, Kerana bercampur dengan selasih; Hati terjerat sesama muda, Hilanglah malu kerana kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Lipat baju lipatnya kain, Bawa belayar tanah seberang; Hati tiada pada yang lain, Hati ingat tuan seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lipat kain lipatlah baju, Mari letak atas peti; Lupakan kain lupa baju, Simpan aku dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas