Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.kan] | لوکن

Definisi : sj kerang besar, Polymesoda placans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.kan] | لوکن

Definisi : ; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), akar asam lokan, akar asam lokan putih, akar nebal, Medinilla hasseltii; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kepayang, kayu keleka singga, sentuh, Trichosanthes tricuspidata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.kan] | لوکن

Definisi : sj kerang besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lokan

Puisi
 

Pagi-pagi mengutip lokan,
     Lokan dikutip di tepi laut;
Cantik bukan kaya pun bukan,
     Mengapa pula hati terpaut?


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Pacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pungut-pungut lokan, Perahu di pengakalan; Pandai tuan makan, Pandai tuan menyimpan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pasang surut mencari lokan, Ketika itu tak ada airnya; Orang patut menjadi teladan, Kerana tahu membawa dirinya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Soldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Apalah guna membawa lokan, Kalau ikat tidak bertali; Apalah guna jauh dipesan, Masa dekat tidak dipeduli.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pakailah kasut jalan ke pasir, Lokan berisi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam rindu denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Menjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas