[long.gar] | لوڠݢر
Definisi : 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur penduduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[long.gar] | لوڠݢر
Definisi : 1 tidak sempit; lega (bkn pakaian dll). 2 tidak ketat; mudah tercabut (bkn paku, skru dll). 3 tidak erat (bkn persahabatan, tali persaudaraan); tidak kuat berpegang pd adat (syarat, undang-undang dll). melonggarkan 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. kelonggaran keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)