Bentanglah tikar luas-luas, Tempat orang menggiling sikai, Buat ladang luas-luas, Buatkan abang emping bertangkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Yang luas tentulah laut, Yang sempit tentulah selat; Orang malas tentulah hanyut, Orang pelit tentulah jahat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Konon cerita tersebar luas, Dang Aisah dituduh berkhalwat; Zon Industri dagangan bebas, Kemajuan Negeri bertambah pesat. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Padang pasir memanglah luas, Ke mana memandang pasir melulu; Orang pandir kuranglah cerdas, Kerananya pantang jadi penghulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Padang pasir amatlah luas, Jauh memandang tiada suntuk; Orang pandir sifat pemalas, Perut kenyang lupa periuk, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ujar khabar melambak luas, Tapi kadak taliat pati-patinya; Ujar khabar bailmu bagus, Tapi kadak taliat laki-lakinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pipit murai terbang bertiga, Samudera luas tidak terkira; Cicit moyang tetap berbangga, Negara kita aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |