[lu.cut] | لوچوت
Definisi : ; melucut terlepas drpd pegangan (genggaman dll), luncur; melucuti 1. mengambil senjata drpd genggaman, merampas: mereka sendiri mahu dilucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan; perlucutan pelucutan; pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara; pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lu.cut] | لوچوت
Definisi : ; melucut melecet, melocak, mengelupas (kulit dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lu.cut] | لوچوت
Definisi : Mn hilang, lenyap; melucutkan 1. melenyapkan, menghilangkan; 2. membencanakan, mencelakakan; lucup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lu.cut] | لوچوت
Definisi : ; melucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll. melucuti 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). melucutkan 1 menanggalkan (pakaian, perhiasan dll); melepaskan (tali, ikatan dll): Ahmad ~ pakaiannya sebelum terjun ke dlm sungai. 2 menarik balik (pangkat, kuasa dll); menghentikan: ~ jawatan menghentikan seseorang drpd sesuatu jawatan; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan. terlucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll: Bakul yg dipegangnya itu ~ dr tangannya. pelucutan perbuatan melucuti atau melucutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)