Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.dah] | لوده

Definisi : air yg keluar (drpd) dlm mulut, air liur; ~ sirih ludah yg berwarna merah (tatkala makan sirih); tempat ~ bekas utk menakung ludah; berludah, meludah membuang ludah, menge­luarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; meludahi meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan seolah-olah orang ~ muka­ku; meludahkan 1. menyemburkan ludah; 2. meludah utk mengeluarkan sesuatu drpd mulut: ia ~ air sirih yg sudah lama bertakung di dlm mulutnya itu; maka nanah itu diludah­kannya ke dlm sebuah peluahan; peludahan bekas tempat meludah; peludah orang yg selalu dan suka meludah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.dah] | لوده

Definisi : , = air ~ air yg keluar dr dlm mulut; air liur: ~ sirih ludah yg berwarna merah kerana makan sirih. berludah mengeluarkan (membuang) ludah: ~ di merata-rata tempat dpt merebakkan penyakit. meludahi berludah pd; mengenakan ludah pd: ~ lantai. meludahkan 1 menyemburkan ludah. 2 mengeluarkan sesuatu dr dlm mulut: Dia ~ darah yg keluar dr gusinya yg luka itu. peludahan bekas tempat berludah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ludah

Puisi
 

Kain batik pakai terbalik,
     Pakai budak raja Padang;
Sudah ludah jangan dibalik,
     Tidak manis dipandang orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Anak tenggiri anak selambai, Ludah-ludah dalam perahu; Langit tinggi jangan dicapai, Bumi rendah tengok dahulu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Taat Melayu memegang cakap, Pantang sekali menjilat ludah; Adat berguru memegang kitab, Petang pagi rahmat bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kain batik pakai terbalik, Pakai budak raja Padang; Sudah ludah jangan dibalik, Tidak manis dipandang orang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Zaman purba lamalah sudah. Beribu tahun sudah berlalu; Tangan meraba meleleh ludah, Mahu mencium mentua lalu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apalah tanda buah kepayang, Siapa merasa lidahnya pedih; Apalah tanda si tua miang, Bersua perawan ludah meleleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sampan nadi dibantai taufan, Ombak melanda pengayuh patah; Badan seperti bangkai berjalan, Nampak betina meleleh ludah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Api siapa di kapal itu, Sejak senja tiada beralih; Laki siapa yang gatal itu, Nampak perawan ludah meleleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas