Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di kayu jati; Kasih sayang tidak berpisah, Ibarat rambut bersimpul mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Cik Ali memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Jangan tuan berhati susah, Ibarat rambut disimpul mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lukah dipasang rapat-rapat, Lukah diikat kayu sebelah; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati semakin berdarah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Lukah dilabuh di batang jati, Lukah baru berkarang rotan; Patah tumbuh hilang berganti, Tuah Melayu berbilang berzaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukannya lukah tidak menjadi, Batang terbakar dari hulu; Bukannya nikah yang tak jadi, Abang bersabarlah dahulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pasang lukah dalam jerami, Belum patut di pangkalan; Alangkah hiba hati kami, Belum patutu abang berjalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau sekali menali lukah, Jangan dipasang pelita loyang; Kalau sekali kaki melangkah, Jangan sayang nyawa melayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau adik menahan lukah, Tahan jangan dibalik-balik; Kalau adik berjanji bernikah, Bulan depan abang berbalik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mari kita memasang lukah, Dapat seekor ikan tenggalan; Lepas itu bolehlah bernikah, Saudara-mara dapat berkenalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak Cina memasang lukah, Mari dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati haram tak gundah, Bagai rambut disimpul mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |