| Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Buah beringin buah bidara, Dari Lukut ke Pulau Pinang; Hati ingin kepada dara, Hati takut hendak meminang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Perahu belayar berisi rambai, Hendak menuju Kuala Lukut; Tinggi jangan ingat mahu capai, Tuah orang jangan ikut. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |