| Lumba-lumba main gelombang, Riak sampai Kuala Linggi; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Lumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Lumba-lumba mudik sekawan, Naik gunung mana arah; Hendak perhamba padamu tuan, Tinggallah gunung tinggallah arah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Pasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ikan sepat mudik ke hulu, Lumba-lumba mudik berkawan; Saya berhajat dari dahulu, Hendak berlumba denganmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Buah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Ikan lumba timbul tenggelam, Timbul tenggelam di Tanjung Jati; Tidak kutahan siang dan malam, Dalam tidur menjadi mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau berlawan lumba lari, Baik dilangsung waktu pagi; Kalau berkawan pelajar bestari, Dunia akhirat tidakkan rugi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Hari Minggu lumba kuda, Simpang Tiga rumah Mak Siti, Hidup ini seperti roda, Siang malam silih berganti. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |