Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.ba.lum.ba] | ٢ لومبا

Definisi : sj mamalia laut drpd famili Delphinidae yg mempunyai muncung seakan-akan paruh, Delphinus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumba-lumba

Puisi
 

Lumba-lumba bermain gelombang,
     Cuaca redup tengah hari;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Lumba-lumba main gelombang, Riak sampai Kuala Linggi; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Lumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Lumba-lumba mudik sekawan, Naik gunung mana arah; Hendak perhamba padamu tuan, Tinggallah gunung tinggallah arah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan sepat mudik ke hulu, Lumba-lumba mudik berkawan; Saya berhajat dari dahulu, Hendak berlumba denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ikan lumba timbul tenggelam, Timbul tenggelam di Tanjung Jati; Tidak kutahan siang dan malam, Dalam tidur menjadi mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau berlawan lumba lari, Baik dilangsung waktu pagi; Kalau berkawan pelajar bestari, Dunia akhirat tidakkan rugi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hari Minggu lumba kuda, Simpang Tiga rumah Mak Siti, Hidup ini seperti roda, Siang malam silih berganti.Pantun Melayu SarawakNasihat
12

Kembali ke atas