Habislah benih menjadi lumpur, Kerana hujan tiada berhenti; Habislah kasih hatiku hancur, Meranalah badan membawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bagaimana kaki tak kena lumpur, Bila berjalan tidak berkasut; Bagaimana hati tindakkan kotor, Bila perjanjian tidak diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Supaya kaki tidak berkubang, Nampak lumpur jagalah langkah; Supaya rezeki tidak berkurang, Banyak bersyukur kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tanam pinang tanam kelapa, Tanam selasih lumpur liat; Bercerai tunangan tidak mengapa, Bercerai kasih jangan dibuat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sudah mencuci kain, Jangan pula terkena lumpur; Kalau sudah menjadi pemimpin, Jangan pula berasa takbur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Surabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun pandan panjang sedepa, Dibawa orang meredah lumpur; Siang dan malam saya tak lupa, Lupalah lupa di dalam tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak lembu duduk menangis, Ditentang kambing sampai ke lumpur; Awak bisu duduk di majlis, Orang berunding awak berdengkur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |