Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.pa.lu.pa] | ٢ لوڤا

Definisi : sj gelembung di dlm perut ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lupa-lupa

Puisi
 

Surabaya berupa-rupa,
     Sapu tangan jatuh ke lumpur;
Hendak kulupa tak dapat lupa,
     Lupa sebentar di waktu tidur.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Daun pandan panjang sedepa, Ditanam orang di Munggu Kubur; Siang malam saya tak lupa, Lupa tak lupa dalam tidur,Pantun Melayu SarawakKasih
Daun pandan sedepa, panjang sedepa, Dtanam orang kubur, di Munggu Kubur; Siang malam lupa, saya tak lupa, Lupa tak lupa tidur, di dalam tirdur.Pantun Melayu SarawakBergendang
Surabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain sutera di dalam raga, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak boleh lupa, Lupa sekejap di dalam tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lajulah laju perahu laju, Lajulah sampai Surabaya; Lupa kain lupa baju, Janganlah lupa kepada saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun pandan panjang sedepa, Dibawa orang meredah lumpur; Siang dan malam saya tak lupa, Lupalah lupa di dalam tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terang bulan hatiku rawan, Pukul rebana bergotong-royong; Jika lupa langit berawan, Tidak lupa sedia payung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa.Pantun Melayu SarawakBergendang
12345678910

Kembali ke atas