Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; temĀ­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) menĀ­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut I

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Membuangkan nasinya yang tersaji di lutut.

Bermaksud :

Meninggalkan pekerjaan yang senang lalu mencari pekerjaan yang susah. nasi di lutut = untung baik, nasib orang yang berbahagia.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Empat belas tali kecapi, Telur murai di atas lutut; Rasa belas dalam hati, Rambut mengurai atas lutut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila lutut sudah goyah. Tegak mengerang duduk mengeluh; Apabila mulut suka memfitnah. Banyaklah orang menjadi musuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Walaupun lutut rasa gementar, Kerana diburu berpacu pulang; Walaupun perut sudah lapar, Kerana malu mengaku kenyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gantunglah tali sepanjang lutut, Tali bertali direntang kendur; Untung sekali orang nan untut, Kaki seperti batang nyiur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lemahlah kaki anak siamang, Lutut sakit makan tak mau; Lemahlah sendi menengok tunang, Perut buncit badan berbulu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu siang tegak menuai, Hendak duduk lutut terkilir; Mau pulang awaklah cerai, Hendak rujuk takut disindir.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Behan berat kaki pun goyang, Rasanya letih menggoyah lutut; Badan penat hati pun bimbang, Kerana kasih tiada bersambut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau laut berombak besar, Kerana janji bertolak juga; Walau lutut sudah gementar, Kerana laki dipeluk juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana belut tidakkan marah, Anak buaya suka memekak; Bagaimana lutut tidakkan goyah, Awaklah tua suka merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tali kail sangkut ke akil, Dilempar masuk ke ternpat kuda; Hati kecil lutut menggigil, Mendengar datuk memikat janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas