Macam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Berlari macam kuda, Bangun pagi-pagi, Bestari masih muda, Belajar tinggi-tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Macam mana mengail udang, Lepas dienjut diseret pula; Macam mana bermain bujang, Lepas tersenyum tertawa pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Macam mana tamban nak loncat, Tamban baru dua jari; Macam mana demam nak pucat, Demam baru dua hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Macam mana nak kutip siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Macam mana mata nak tidur, Daun pauh jatuh melayang; Macam mana mata nak tidur, Dari jauh nampak bebayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Macam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Macam mana padi tak hampa, Limau manis condong ke hulu; Macam mana hati tak gila, Hitam manis jalan dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bawakan minyak ke tengah laut, Macam mana tupai nak kerik; Kalau lebat bunga tengah rambut, Macam mana hamba nak ambik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |