Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp embacang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bacang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata macang

Puisi
 

Buah macang setangkai lebat,
     Jatuh mari ke dalam padi;
Kalau putus tali penambat,
     Dia pulang tak balik lagi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Macang nanas lela teruna, Gajah berjuang di Kampung Melayu; Duduk menangis mengenang bunga, Bunga yang kembang habis layu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berbuah macang dimakan ungka, Ada angin gugur sendiri; Salah cencang tangan terluka, Salah pemimpin hancur negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah macang setangkai lebat, Jatuh mari ke dalam padi; Kalau putus tali penambat, Dia pulang tak balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah macang setangkai lebat, Belum dimakan manis dahulu; Budak ini menghantar surat, Belum dibaca menangis dulu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah macang serangkul lebat, Pakcik Saleh berniaga kain; Tiga dipancang dua tak lekat, Baik saya beralih lain.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah macang buah kuini, Masak sebiji dalam daun; Mengapa begini hatiku ini, Habis bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Untung sekali menebang macang, Kalau dimakan kenyang sendiri; Untung sekali orang nan pincang, Kalau berjalan seperti menari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cincang-cincang kerabu macang, Salah tercincang ke jari manis; Petang-petang surat tuan datang, Belum dibaca tunduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Rendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas